Tuesday, April 12, 2011

Sedikit Perkembangan Pengajian

Tanggal 3 April 2011, genap 4 tahun aku dan isteri menuntut ilmu yang penuh mencabar dan berliku. Setelah 4 tahun ini juga, kami masih berada di bumi Kiwi ini kerana proses akhir bagi menghasilkan thesis PhD masih belum selesai. Biar lambat asalkan berkualiti, itulah motto yang aku pegang sehingga sekarang, kerana bukan mudah untuk mendapatkan 2 PhD di dalam masa yang sama. Aku berbangga dengan pencapaian isteriku, bermula dengan rintihan "Papa bolehkah mama buat PhD di bawah tajuk ini" dan ianya masih terngiang2 lagi di telingaku ungkapan ini. Berkat kesabaran, latihan yang berterusan, kekuatan mental dan jasmani, dan doa yang tidak putus-putus kepada Allah, akhirnya isteriku berjaya sampai ke garisan penamat. Pernah satu ketika sebelum kami sama2 membuat keputusan untuk menyambung pengajian bersama, ada orang mengatakan terlalu sukar sekiranya sambung dua2 dalam masa yang sama. Tetapi sehingga kini, kami tempuh dengan jayanya..Alhamdullilah.

Pengalaman yang paling mencabar yang aku dan isteri rasakan semasa pengajian ini adalah apabila pihak majikan memberhentikan sumber kewangan setelah 3 tahun 9 bulan pengajian PhD kami berjalan. Satu tamparan yang hebat aku rasakan kerana aku berkorban jiwa dan raga semata-mata menuntut ilmu untuk anak2 bangsa ku kelak dan demi majikan tercinta. Tidak dapat dibayangkan kerana kedua2 kami tidak mempunyai sumber kewangan bagi menghabiskan sisa2 terakhir pengajian ini. Aku tidak seperti insan lain, hanya suami atau isteri yang menyambung pengajian. Sekiranya aku sedemikian, aku boleh menghantar isteri aku balik pulang ke kampung dan aku meneruskan pengajian di sini. Sekiranya sedemikian, mungkin aku tidak menghadapi masalah kewangan....Argghhhhh....lupakanlah...siapalah engkau...yang bergelar pelajar...sedikit pun pandangan dan jasa-jasa engkau terdahulu tidak dipandang...Betapa dahulunya sanggup aku meninggalkan keluarga, bersengkang mata, memberikan komitmen kepada fasa pembangunan universiti, tetapi seolah2 yang itu tidak nampak di mata mereka. Sungguh istimewanya PhD ini, bukan sahaja boleh menimba ilmu tetapi boleh belajar dan melihat setiap inci perangai manusia....

Alhamdullilah setelah 4 tahun bertungkus lumus bekerja keras di lab, aku diberitahu oleh Supervisor PhD aku bahawa journal paper aku telah dipublish/diterbitkan secara rasminya. Tiada kata yang paling menggembirakan aku selain mengucapkan syukur kepada Allah SWT. Aku telah menunaikan tanggungjawab aku kepada supervisor aku aku iaitu menerbitkan journal di dalam journal berimpact tinggi sebelum thesis ku di nilai oleh penyelia. Pesanan supervisor ku sebelum ini adalah sekiranya kamu ada penerbitan sedikit sebanyak akan membantu kamu di dalam proses peperiksaan viva nanti. Terima kasih Prof Yusuf Chisti.



A.Z. Sulaiman et al. Biochemical Engineering Journal, Volume 54, Issue 3, 15 May 2011, PP 141-150



Selain proses penerbitan journal, aku juga telah membentangkan hasil kajian PhD ini di Biotechnology Conference di Rimini, Italy, pada September 2010 yang lalu. Satu pengalaman yang tidak dapat aku lupakan kerana pada masa conference tersebut aku telah berjumpa dengan ramai pakar-pakar bioteknologi yang kebanyakkan aku cited journal mereka-mereka ini di dalam thesis PhD ku ini. Pengalaman ini tidak akan aku lupakan sehingga bila2.





Conference Hall, Rimini Italy


Semoga ilmu yang telah dipelajari ini dapat dimanfaatkan kepada anak-anak bangsa kelak...

Sehingga berjumpa lagi...

Ziad 2011

0 comments: