Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani
Pertamanya ingin aku ucapkan syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpahan nikmat dan rezekiNya aku masih bernafas dan terus menikmati keindahan alam ciptaanNya. Dengan kudrat kesihatan tubuh badan dan sedikit kekuatan pemikiran untuk berfikir, perjalanan yang dahulunya aku rasakan amat jauh dan pernah terlintas sesekali adakah aku akan sampai ke penghujung perjalanan dengan jayanya, alhamdullilah telah berada dipenghujungnya. Dengan berbekalkan sumber inspirasi di sisiku selama aku mengharungi perjalanan ini, ianya telah memberikan aku suntikan semangat supaya perjalanan yang aku lalui mestilah dinoktahkan dengan jayanya.

Cita-citaku untuk menyambung pengajian di peringkat PhD adalah khayalan dan mimpi pada mulanya. Aku bersyukur kepada Allah kerana khayalan dan mimpi itu menjadi kenyataan apabila aku memulakan jejak langkahnya pada tahun 2007. Bermula dengan pemberian tajuk yang baru yang tak pernah difikirkan oleh aku untuk mendalaminya, sehinggalah ke proses pembacaan journal yang komprehensif, rekabentuk alatan makmal, ujikaji, analysis, penulisan, pembentangan dsbnya.
Sedikit pengalaman semasa mengendalikan literature review diperingkat awal pengajian. Kemudahan bibliography software sangat berguna pada peringkat ini untuk menyimpan segala citation yang penting bagi kegunaan penyediaan method (langkah-langkah ujikaji) dsbnya. Penggunaan end note sofware (www.endnote.com) banyak membantu di dalam penyimpanan database citation di dalam penulisan proposal dan draft jurnal. Oleh kerana konsep literature review yang telah dipraktikkan dengan menjalankan literature review di makmal (lab review based), sedikit sebanyak ianya mempercepatkan proses literature review disamping menjalankan kerja-kerja experiment asas di makmal. Rekabentuk alat juga dapat dijalankan dengan mudah dan berkesan melalui konsep ini.
Diperingkat ujikaji pula, ulangan ujikaji amat penting oleh kerana ianya akan memberikan keyakinan dan menguangkan risiko kesilapan semasa mengumpul data. Ulangan berkali-kali ini tidak rugi oleh kerana semua data-data yang telah diperolehi nanti amat berguna untuk proses prob & stat (statistical analysis). Level confidence bagi satu2 ujikaji juga akan dapat ditentukan berdasarkan bilangan ulangan ujikaji yang telah dijalankan. Jangan bimbang dan malas untukmengulangi ujikaji, kerana sememangnya ianya amat penting di dalam proses analisis kelak. Bagi ujikaji yang melibatkan banyak analisis, sememangnya pilihan ini amat tidak popular. Berdasarkan pengalaman saya, analisis makmal terbahagi kepada dua bahagian iaitu manual analisis dan electronic analisis. Paper-paper terkini (literature review process) kebiasaanya akan melaporkan analysis terkini yang mana analisis dijalankan secara electronically. Cuba elakkan daripada menggunakan manual analisis oleh kerana ianya akan memakan masa yang lama untuk mengumpul data dan risiko untuk melakukan kesilapan amatlah besar.
Proses yang seterusnya dan bagi saya amat penting adalah penerbitan. Secara jujurnya, jangan tunggu sehingga di tahun akhir pengajian untuk menerbitkan journal/book chapter dsbnya. Proses penerbitan mengambil masa sekurang2nya 90 days atau up to 2 years sebelum ianya diterbitkan. Oleh itu, sekiranya telah yakin dengan data yang telah diperolehi dan ada sedikit comparable dengan kajian-kajian terdahulu yakin untuk menulis dan submit for peer-review journals.
Secara jujurnya, proses PhD very enjoyable and fun. Banyak perkara-perkara baru yang boleh diexplore serta dimanfaatkan kepada pengguna-pengguna di luar sana.
Setelah mengharungi perjalanan yang jauh selama 3 tahun 9 bulan, akhirnya kesimpulan daripada penyelidikan yang telah aku jalankan dapat disimpulkan dan mencapai objective/scope penyelidikan seperti yang diminta oleh board of proposal examiners pada 2 tahun yang lepas. Sedikit penerbitan hasil daripada penyelidikan Phd ini juga telah berjaya aku hasilkan untuk dimanfaatkan oleh manusia sejagat di muka bumi Allah ini.

Semoga ilmu yang telah aku pelajari ini dapat dimanfaatkan kepada ummat manusia di muka bumi ini dan aku berdoa dan memohon kepada Allah supaya ilmu ini sentiasa mekar dan berkembang serta dapat diamalkan oleh semua....
Ziad

1 comments:
Well done. Semoga mendapat rahmat berkat kesungguhan berbakti dan mempersiapkan diri demi agama dan nusa bangsa. Yassarallah lana wa lakum. amin.
Post a Comment