Saturday, April 17, 2010

Genap 3 tahun pengajian dan kehidupan di New Zealand


Alhamdullilah....pejam celik, pejam celik sudah 3 tahun aku dan isteriku berjuang di dalam pengajian peringkat PhD kami yang penuh mencabar dan menguji kekuatan mental dan jasmani. Aku dapat merasakan pengalaman yang amat berguna dan menarik apabila aku dan isteriku sama-sama belajar dan berkongsi susah senang di dalam mengharunginya selama 3 tahun pengajian.

Ingin juga rasanya untuk aku bukukan pengalaman menuntut ilmu ini untuk tatapan masyarakat, insyallah satu masa nanti akan aku usahakan ke arah itu. Berilah kekuatan kepadaku dan isteriku untuk menyelesaikan thesis PhD kami terlebih dahulu. 

Sedikit perkembangan, alhamdullilah untuk diriku segala scope pengajian telah selesai (did all planned experiments) dan 100% successful for data collection and analysis.  Telah menyempurnakan satu pembentangan di 3rd International Conference on Chemical & Bioprocess Engineering (ICCBPE 2010) dan insyallah pada bulan September di Rimini, Italy. Kedua-dua paper untuk aku dan isteriku telah diterima pada pembentangan tersebut. Buat masa ini aku sedang menulis draft thesis bagi bab Material & Methods serta Results and discussion. Semoga aku dapat menyelesaikan pada tarikh yang ditetapkan oleh supervisor pada bulan May nie. 

Buat isteriku, beliau masih ada sedikit lagi experiment dan dijangkakan akan selesai pada May ini, insyallah. Disamping itu beliau juga sedang bekerja keras menulis section of the thesis bagi tujuan 1st draft review kepada supervisor. 

Pertamanya kupanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberikan kesihatan yang baik kepada aku sekeluarga, memudahkan segala urusan pengajian dan kehidupan serta ditambahkan nikmat rezeki yang melimpah ruah....

Untuk anakku, tidak ada anugerah di dalam dunia yg boleh aku berikan kepadanya, melainkan anugerah Allah SWT. Apa yang dapat aku perhatikan selama ini, Batrisyia begitu memahami akan keperluan aku dan isteri walaupun didera tido di ofis semasa kami berdua sibuk dilab. Ada satu ketika bila kedua2 kami berasa amat tertekan dengan kerja2 PhD, dan mangsanya adalah anakku yang seorang ini, walaupun dimarah..beliau tidak melawan dan mengasingkan dirinya keseorangan dan dapat dilihat beliau menangis di satu sudut tanpa mengeluarkan suara. Dari satu sudut dapat aku simpulkan, Batrisyia tidak melepaskan perasaan kepada kedua ibubapanya yang boleh menjadikan kedua2nya lebih tertekan, tetapi beliau melepaskan perasaannya di suatu sudut secara berseorangan...kejadian ini membuatkan aku menangis dan memberi aku kekuatan untuk bertarung di medan PhD...

Cukuplah setakat ini dahulu...mata pun dh nk mengantuk ....badan terasa penat setelah 8 jam bekerja di pusat pemprosesan surat seluruh New Zealand...

Sehingga jumpa lagi 


1 comments:

khai. M said...

erm..menarik benar pengalaman en ni..seronok ade..cabaran pun..hope saya pun buleh berjaya mcm ni di masa depan..saya doakan kejayaan en berdua.ameen.