Sunday, April 18, 2010

Pengalaman di awal pengajian


Bertemu lagi....

Hari nie semasa bersama-sama keluarga mencuri sedikit masa yang berharga berhujung minggu di Wanganui, terfikir untuk rasanya berkongsi sedikit pengalaman diperingkat awal pengajian bersama isteri dan menguruskan masa kami berdua di antara keluarga dan anak. Pengalaman ini adalah hasil daripada apa yang telah kami lalui, mungkin berlainan dengan pasangan yang sambung belajar yang lain.

1. Memilih New Zealand sebagai destinasi pengajian

Memilih tempat belajar adalah amat penting, terutamanya memilih bakal supervisor. PhD adalah satu latihan yang sistematik, independent research, multidisplinary dsbnya. Ternyata peranan supervisor adalah amat besar sekali di dalam menentukan samaada seseorang calon itu berjaya ataupun tidak. Apabila diberi arahan oleh universiti untuk menyambung pengajian, cabaran utama diperingkat ini adalah untuk menjalankan sedikit literature review bidang dan supervisor yang boleh menjadi guider yang baik sepanjang 3~4 tahun pengajian. Penentuan bidang adalah berdasarkan kepada niche area universiti dan fakulti. Setelah menjalankan sedkit lit review bidang dan supervisor, saya telah memohon beberapa tempat di Europe spt Univ of Wales, Loborough Univ dsbnya. Bidang yang diberi tumpuan adalah di dalam bidang kejuruteraan kimia (pemisahan teknologi). Timbul rasa minat untuk explore New Zealand dengan lebih lanjut. Bagi tujuan ini, aku telah mendapatkan movie "Lord of the Ring" untuk melihat sendiri tentang keindahan New Zealand itu sendiri yang dikatakan negara yang mempunyai keindahan semulajadi dan kebanyakkan tanahnya tidak ditarah sesuka hati bagi tujuan pembangunan. Setelah selesai tayangan movie tersebut barulah aku tahu yang New Zealand adalah negara yang mempunyai scenery yg menarik dan merupakan negara agriculture based yang amat sesuai untuk menjalankan kajian. Oleh kerana Malaysia juga adalah negara agriculture pada azalinya..jadi sedikit sebanyak memberikan minat kepadaku untuk menjadikan New Zealand sebagai negara untuk menjalankan kajian dan destinasi pengajian ku di sini.

http://www.newzealand.com/travel/International/

2. Supervisor

Apabila permohonan menyambung pengajian ku dan isteri di New Zealand telah diterima secara rasmi, cabaran yang kedua adalah memahami kehendak supervisor. Nasib kami berdua sebenarnya amatlah malang oleh kerana bidang yangdi propose semasa di awal permohonan ditukar kepada bidang yang memang sebelum ini tidak pernah kami berdua fikirkan. Ini juga merupakan cabaran yang hebat oleh kerana bukan mudah untuk menjalankan penyelidikan dengan basic knowledge yang limited dan kurang mempunyai pengalaman di dalam bidang tersebut. Oleh kerana kami telah sampai di New Zealand dan telah menyahut seruan kerajaan dsbnya, mau tidak mau terpaksalah diteruskan. Untuk makluman, proposal kami telah ditukarkan 100% kepada bidang bioteknologi atau khususnya biochemical engineering. Pada permulaan memang amat sukar bagi kami yang terpaksa study mengenai microbiology dan sistem2 bio yang lain terutamanya analisis2 yang terlalu banyak. Hari kedua selepas mendaftar, supervisor telah mengarahkan kami terus ke lab menjalankan ujikaji2 dan sehingga sekarang lab adalah rumah kedua kami di sini. Setelah 3 tahun pengajian, aku realize bahawa konsep yang digunakan oleh supervisor kami berdua amat effective sekali, dimana literature review kami dijalankan dilab semasa mengendalikan penyelidikan dan bukannya stay diofis, dimana kebanyakkan pelajar2 amalkan. Teknik sedemikian memberikan kefahaman yang lebih effective kepada kami untuk mendalami bidang yang telah diberikan.

http://www.massey.ac.nz/~ychisti/~yc.html

Insyallah selepas nie boleh share pengalaman kehidupan di tempat pengajian dari segi keperluan asas dsbnya....

jumpa lagi..

0 comments: